Mimpi Lincoln Pembunuhan_Abraham_Lincoln

Lincoln pernah bermimpi bahawa beliau akan dibunuh.

Telah dilaporkan oleh sumber yang berlainan bahawa Lincoln bermimpi beberapa kali tentang beliau akan dibunuh sebelum beliau ditembak oleh Booth. Ward Hill Lamon, seorang kawan Lincoln, menulis bahawa Lincoln bercakap dengannya tentang mimpi-mimpi ini tiga hari sebelum Lincoln meninggal dunia. [7]

Pada hari pembunuhan, Lincoln berkata kepada pengawalnya, William H. Crook, bahawa beliau telah bermimpi banyak kali tentang dibunuh tiga malam berturut-turut. Crook menasihati Lincoln supaya tidak pergi ke Teater Ford. Lincoln berkata bahawa beliau telah berjanji dengan isterinya.